Gelanggang Awesome Raja Lawak

Gelanggang Awesome Raja Lawak ialah sebuah rancangan realiti televisyen yang berkonsepkan pencarian bakat sebagai pelapis kepada golongan pelawak elit sedia ada ini agar dapat diketengahkan dalam industri seni hiburan di Malaysia.Setiap minggu, peserta akan menampilkan jenaka mengikut tema yang ditetapkan di atas pentas. Program realiti ini memulakan siarannya pada 7 September 2023 yang menampilkan ramai peserta yang kini sebahagian dari mereka sudahpun aktif dalam industri seni hiburan. Antara yang paling menonjol setakat ini adalah Otton Se'eh, Afea Sedare dan Azhar.Musim terbaru pula akan disiarkan selepas tamatnya Awesome Raja Lawak yang menggabungkan kesemua Alumni Raja Lawak untuk kembali merebut takhta Awesome Raja Lawak dan dinobatkan sebagai Alumni terbaik negara.Awesome Raja Lawak akan dihoskan oleh Chiwan dan Nizam Jentik-Jentik sementara Kamalia Jamaludin menggalas tanggungjawab sebagai hos belakang pentas. Awesome Raja Lawak bersiaran secara langsung setiap Rabu, jam 9 malam di Awesome TV dengan menampilkan Saiful Apek, Ayda Jebat dan Khir Rahman sebagai juri tetap. Kini program ini diulang tayang bermula 6 Jun 2023, setiap Selasa, jam 8.30 malam.

Gelanggang Awesome Raja Lawak

Juri Saiful Apek
Ayda Jebat
Khir Rahman
Penggubah Kristal
Bahasa Melayu
Syarikat pengedaran Awesome TV
Penerbit eksekutif Kiedd Fariz
Michael C. Simon
Penerbit Razmin Azman
Format gambar 1080i HDTV (16:9)
Syarikat penerbitan Awesome Media Network Sdn Bhd.
Pengacara Chiwan
Nizam Jentik-Jentik
Tempoh siaran 107 minit
Bilangan episod 10
Ditulis oleh Yusra Yunus
Rizuan Mat Nor
Saluran asal Awesome TV (123)
MyTV (112)
Status Sudah Ditayangkan
Mengikuti Maharaja Lawak Mega
Negara asal  Malaysia
Pengarah Michael C. Simon
Diikuti oleh Awesome Raja Lawak Alumni
Pemasangan kamera Tetapan-utama
Juga dikenali sebagai Gelanggang Awesome Raja Lawak
Format audio Stereo
Julung kali ditayangkan di  Malaysia
Siaran asal 7 September 2022 – 9 November 2022
Rancangan berkaitan Raja Lawak
Genre Realiti
Komedi